
Sinopsis Buku
A-Z Tentang Imej adalah sebuah kompilasi padat dan menyeluruh mengenai dunia penampilan dan personal branding yang jarang dibincangkan secara praktikal.
Ditulis oleh Sarah Hata, buku ini mengupas daripada asas hingga ke strategi profesional, bagaimana membina imej diri yang berwibawa, berkredibiliti dan penuh karisma.
Disusun dalam format mudah A hingga Z, pembaca akan dibimbing langkah demi langkah untuk memahami kepentingan imej dari segi pemakaian, komunikasi, bahasa tubuh, dan cara membawa diri dalam pelbagai situasi sosial dan profesional.
5 Sebab Perlu Dapatkan Buku Ini
1.Panduan Lengkap Daripada A Sampai Z
Setiap huruf membawa satu topik penting — dari Attire hingga Zest, menjadikan ia rujukan mudah dan cepat untuk semua golongan.
2.Sesuai Untuk Semua Peringkat Profesional
Sama ada anda pelajar, eksekutif muda, usahawan, atau ketua organisasi — buku ini disusun untuk membantu anda bina imej yang meyakinkan dalam dunia sebenar.
3.Ditulis Oleh Perunding Imej Tersohor Malaysia
Sarah Hata mempunyai pengalaman lebih 13 tahun dalam industri latihan korporat dan penampilan profesional.
4.Gabungan Visual, Tips & Contoh Praktikal
Buku ini bukan teori semata — ia dilengkapi contoh, situasi sebenar dan tips mudah yang boleh terus diaplikasikan.
5.Meningkatkan Nilai Diri & Karisma Peribadi
Bila anda faham apa itu imej sebenar, anda bukan sahaja dilihat hebat, tetapi juga mampu mencipta impact di mana-mana anda berada
Nak bina karisma dan kredibiliti hanya melalui kehadiran anda? Buku ini adalah permulaan paling tepat.