
Sinopsis Buku
Rahsia Komunikasi Menarik membongkar teknik dan strategi bagaimana untuk menjadi seorang komunikator yang bukan sahaja jelas, tetapi juga memikat dan diingati.
Sarah Hata, Perunding Imej Malaysia yang terkenal dengan kepakarannya dalam komunikasi profesional dan imej berwibawa, menyusun setiap bab dengan 5 rahsia praktikal yang anda boleh terus gunakan dalam kehidupan harian — sama ada di tempat kerja, perbualan harian, atau ketika membina hubungan peribadi dan profesional.
Buku ini adalah gabungan antara sains komunikasi dan seni menyentuh hati manusia.
5 Sebab Anda Perlu Dapatkan Buku Ini:
1.Mendedahkan Teknik Rahsia Komunikator Hebat
Setiap bab dilengkapi dengan 5 rahsia mudah namun powerful untuk menjadikan komunikasi anda lebih menarik dan berkesan.
2.Gaya Penulisan Ringkas Tapi Padat
Buku ini mudah dihadam dan ditulis dengan bahasa yang segar, sesuai untuk semua peringkat usia dan latar belakang kerjaya
3.Contoh Real-Life & Situasi Sebenar
Menggunakan situasi sebenar dalam dunia kerjaya, perniagaan, dan sosial — supaya anda boleh terus aplikasikan serta-merta.
4.Meningkatkan Keyakinan Diri Dalam Percakapan
Anda akan belajar cara mengawal nada suara, memilih kata yang tepat, dan membaca reaksi audiens — untuk bercakap dengan yakin dan meyakinkan.
5.Diterbitkan Oleh Perunding Imej Profesional
Ditulis oleh Sarah Hata, yang telah melatih ribuan profesional dalam komunikasi berpengaruh dan etiket korporat — menjadikan buku ini trusted dan penuh kredibiliti.
Buku ini untuk anda yang ingin lebih didengari, dihormati, dan diingati hanya dengan cara anda berkomunikasi